Perutusan Khas Hari Pekerja 2018 Sempena Hari Pekerja 2018

PILIHAN RAYA KALI INI MILIK WARGA PEKERJA

Hari Pekerja yang pertama kali diumumkan ialah ketika zaman Tun Razak. Beliau tidak asing dengan perjuangan kelas melalui pembabitan beliau dalam Fabian Society dan Parti Buruh di United Kingdom.

Malang sekali, legasi Tun Razak ini dikhianati oleh anaknya sendiri, Najib Razak.

Kenaikan gaji pekerja kini tenggelam dengan inflasi dan kos sara hidup yang melambung tinggi. Tambah pula, dasar GST yang mencengkam telah dilaksanakan tanpa berunding dengan rakyat. Selain itu, Bank Negara melaporkan lebih 80% pekerjaan yang wujud tahun lepas telah diserahkan kepada tenaga asing, manakala rakyat jelata pula disisihkan. Hak berkesatuan pekerja yang dijamin Perlembagaan dipandang enteng oleh pemerintah. Derita dan suara warga pekerja telah dipenjara dek dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan budaya rent-seeking.

Pakatan Harapan adalah gabungan demokratik yang mahu menghapuskan segala bentuk ketidaksamarataan dan eksploitasi oleh golongan elit kapitalis yang tamak haloba. Kami komited untuk meningkatkan gaji minima ke RM1,500 dan menghapuskan GST demi kesejahteraan rakyat jelata. Kami berpandangan bahawa solidariti warga pekerja harus dipulihkan. Kami mahu semangat dan makna asal Hari Pekerja dijunjung kembali.

Justeru, ayuh bersama kita pastikan Pilihan Raya kali ini ialah milik warga Pekerja!

Selamat Hari Pekerja dan Salam Solidariti,
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman