Syed Saddiq diumum Calon Parlimen Muar

Muar, 7 April — Ketua Pemuda PPBM, Saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah diumumkan sebagai calon ahli Parlimen Muar hari ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan , Tun Dr Mahathir di hadapan ribuan pengunjung Jelajah Harapam Muar yang dianjurkan oleh PPBM dan Pakatan Harapan Muar

Akhbar The Star melaporkan hampir 15,000 penduduk Parit Jawa dan sekitar Muar dilaporkan telah hadir ke majlis tersebut. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran EXCO Kerajaan Selangor serta beberapa Calon Ahli Parlimen dan Calon DUN selain dari pimpinan tertinggi PPBM sendiri.

Memetik kata-kata yang dituturkan oleh Saudara Syed Saddiq dalam ucapan beliau di pentas, beliau begitu komited dalam memastikan harapan rakyat Johor terutamanya penduduk di Muar menerima apa yang sepatutnya diterima rakyat kerana kuasa yang sebenar ditentukan oleh kuasa rakyat.

Malah dedikasi yang baik yang dapat dilihat adalah nilai kekeluargaan yang telah di pamerkan oleh seluruh ahli keluarga Syed Saddiq yang turut hadir bersama di majlis dalam memberikan sokongan moral kepada Calon Ahli Parlimen tersebut.