KETUA PEMUDA PPBM

SYED SADDIQ

syed-saddiq-dikecam-hebat-gara-gara-pendapat-ajar-remaja-amalkan-seks-selamat

Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan juga Ketua Pemuda bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau lebih dikenali dengan BERSATU, sebuah parti politik yang diasaskan bersama-sama Tun Dr. Mahathir.

Kini, jumlah ahli bagi sayap pemuda parti tersebut yang diketua oleh Syed Saddiq sendiri telah mewakili sebanyak 57% daripada jumlah keahlian parti. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja secara separuh masa di tiga tempat yang berbeza. Syed Saddiq juga pelatih pasukan debat dan bersyarah hubungan antarabangsa secara berkala di luar negara seperti Qatar, China, Indonesia dan Filipina dan merupakan kolumnis untuk MalaysiaKini dan Free Malaysia Today.

Saddiq telah menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa dan juga menerima Anugerah Platinum pertama IIUM kerana sumbangannya yang cemerlang kepada universiti.

Beliau juga merupakan penerima Anugerah Rektor IIUM sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pengajiannya. Beliau kemudiannya meneruskan felo akademik beliau di Universiti Temple Philadelphia, dalam perbandingan agama dan seni dialog. Tahun lalu, Syed Saddiq telah ditawarkna untuk menyambung pengajiannya dalam bidang dasar awam pada peringkat sarjana di Universiti Oxford, United Kingdom.

Selain itu, beliau ditawarkan biasiswa Blavatnik bagi pengajiannya di Universiti Oxford.

Saddiq pernah menjadi pensyarah sambilan dan beliau merupakan pensyarah termuda di UIAM. Beliau juga merupakan ahli termuda di Majlis Perundingan Kewangan Politik Kebangsaan.

Beliau merupakan pemegang rekod dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia dan pendebat terbaik Asia 3 kali berturut-turut.

Selain daripada Asia, Saddiq merupakan pendebat terbaik tiga tahun berturut-turut (2012-2014) dan pendebat terbaik bagi Australasia, Cambridge dan Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL).

Beliau adalah individu Asia pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim untuk Cambridge InterVarsities di UK. Beliau juga merupakan Ketua Hakim bagi Kejohanan Debat Universiti Dunia di Belanda.

Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar dan lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti-rasuah.

Sumbangan beliau terhadap dunia perdebatan dan pembangunan belia telah diiktiraf oleh Perdana Menteri melalui Anugerah Perdana Belia yang merupakan anugerah yang berprestij bagi belia di Malaysia.

Beliau juga merupakan penerima Anugerah Merdeka daripada Menteri Belia & Sukan, Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan daripada Kementerian Pelajaran dan Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian.

BIOGRAFI RINGKAS

KERJAYA POLITIK

Calon Parlimen P146 Muar

Diumumkan sebagai calon Parlimen P146 Muar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad

Oktober, 2017

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Dilantik sebagai Ketua Pemuda PPBM

Mac, 2016

Mula Perkhidmatan Kementerian

Berkhidmat sebagai Pegawai Khas (Sambilan) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Nancy Shukri

Disember 2016

April, 2018

Ditawarkan ke Universiti Oxford, UK

Sarjana Pentadbiran Awam, Blavatnik School of Government

Ogos, 2016

Bertugas di Badan Pemikir Kerajaan Johor

Dilantik sebagai Pengawai Penyelidik di Bait al-Amanah

Januari, 2017

Tamat Pengajian

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di UIAM

Commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur.